Powered By Blogger

Selasa, 10 Ogos 2010

Tazkirah 1 Ramadhan 1431H (11 Ogos 2010)

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya; “Alangkah hairannya bagi orang yang telah sampai umurnya kepada bulan Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Allah SWT sangat suka mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya di bulan Ramadan, maka kedatangan bulan Ramadan ini merupakan satu peluang kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT.

Banyakkan Beribadat di Bulan Ramadan

Sesiapa sahaja yang mengambil peluang di bulan Ramadan dengan syarat dia beriman dan patuh kepada perintah Allah SWT serta mengharapkan ganjaran pahala dan keredhoan Allah SWT insya’Allah, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan oleh Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Barangsiapa melakukan ibadah Ramadhan karana iman dan mengharap redho-Nya, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Perbanyakkanlah beribadat di bulan Ramadan ini dengan bersedekah kepada fakir miskin, menunaikan zakat, menjamu orang untuk berbuka puasa, dan kalau mampu mengerjakan umrah.

Menjamu orang berbuka puasa dan mengerjakan umrah di bulan Ramadan sangat besar pahalanya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya;

”Apabila tiba bulan Ramadan, maka berumrahlah engkau, sesungguhnya umrah pada bulan tersebut (pahalanya) sebanding dengan (pahala) haji. (Hadis Riwayat Muslim)”

”Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka itu, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (Hadis Riwayat Tirmidzi)”

Peluang untuk mendapat ganjaran pahala dan mendapat keampunan Allah SWT di bulan Ramadan sangat jelas, alangkah ruginya jika kita mengabaikan peluang tersebut.

Lakukan Ibadah semata-mata kerana Allah SWT

Bulan Ramadan adalah bulan Rahmah, sudahkah perasaan kita, hati sanubari kita telah sampai kepada menikmati Rahmah Allah itu? Jika amal ibadat yang kita lakukan di bulan Ramadan ini masih terasa tertekan maka Rahmah Allah tidak sampai lagi kepada kita.

Beribadatlah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah SWT, janganlah melakukan ibadat untuk mendapat kepujian manusia kerana jika ini ada dalam hati kita maka akan termasuklah kita dalam golongan munafikun. Orang-orang munafik zahirnya sahaja Islam tetapi hatinya tidak sedikit pun beriman kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT menjelaskan perbuatan mereka, mafhum firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 142;

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).(An-Nisaa’:142)

Dua Kebimbangan

Mukmin yang sebenar pasti akan melalui dua kebimbangan. Kebimbangan yang pertama ialah bimbang umur yang telah lalu dan yang kedua bimbang umur yang sekarang hingga akan datang.

(a) Adakah kita berasa bimbang dengan amalan-amalan kita yang lepas tidak diterima oleh Allah? Jika ada perasaan begini, ada baiknya supaya kita akan selalu berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT.

(b) Adakah kita pernah diuji dengan ujian yang berat dimasa lampau oleh Allah SWT? Adakah kita berasa bimbang jika diuji oleh Allah pada masa sekarang dan akan datang? Kebimbangan begini ada baiknya supaya kita sentiasa menjadi orang yang sabar menerima bala dan bersyukur dengan ni’mat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Jangan gembira dan ketawa melihat orang yang jatuh, sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak jatuh. Ujian daripada Allah SWT bukan kesusahan sahaja, kadangkala kita diuji dengan kesenangan. Ramai yang kadangkala kecundang dengan ujian kesenangan ini.

Allah tidak mensyariatkan sesuatu syariat itu tanpa ada kebaikan padanya.

Mudah-mudahan, kita sentiasa mendapat kebaikan itu, Aamiin.



- Cikgu Ahdat memetik daripada tazkirah Dato' Dr. Haron Din

6 ulasan:

  1. Mudah-mudahan blog sekolahsrabjb ini kita dapat jadikan sebagai medan penyibar ilmu dan maklumat terkini sekolah kita.

    BalasPadam
  2. pembetulan.....guru2 srabjb kebanyakannya kelulusan spm...sekolah arab....kolej islam ypj..manakala yg mempunyai diploma hanyalah dlm bidang agama bukan akedemik...dan tidak menjalani latihan persediaan perguruan yg ditetapkan oleh kementerian pelajaran...ini bermakna mereka ini tidak mempunyai pengalaman dan belum di sah kan jawatan sebagai seorng guru seperti guru2 di sekolah kebangsaaan... keputusan peperiksaan di srabjb statik setiap tahun...tiada peningkatan...harap maklum..

    BalasPadam
  3. Maaf, saya rasa kenyataan yg "dikeluarkan" saudara Shahrul_syahmi ini tidak tepat. Pihak sekolah tetap berusaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah dan murid-murid. Saya kurang faham kenapa saudara menimbulkan ketidakpercayaan pendidikan dan pengalaman guru-guru SRABJB. Semua guru mendapat latihan dari IPG(Maktab) dan UTM. Latihan yg diterima adalah sama dengan guru-guru Sekolah Kebangsaan. Kami berharap kita bersama-sama memperbaiki kelemahan yg ada serta memberi teguran yang membina. Bagi diri saya sendiri mengakui saya tidak sempurna, namun Insya Allah akan terus memberikan pendidikan yg sebaik mungkin kepada anak-anak di SRABJB ini. Kami menyeru kepada ibubapa dan masyarakat; marilah bersama memberikan sokongan dan teguran untuk pencapai sekolah anak kita sebaiknya.

    BalasPadam
  4. saye hrp setiap kenyaataan ttg srabjb hendaklah dinyatakan dengan jujur dan telus...sya ade fakta dan kenyataan bertulis ttg latarbalakang guru2 sekolah srabjb..kami ibubapa mmg menyokong penuh srabjb nie tp sayangnye kenape setelah 12 tahun beroperasi tiada kemajuan yg setanding dan seiring dgn sekolah2 disekeliling srabjb..KENAPE??? jawapannye ade pd guru2 srabjb itu sendiri...harap saudara peringatkan guru2 srabjb bersikap sebagai seorang pendidik dan bukan seorng cikgu yang hanya bekerja kerana gaji...renungkanlah...

    BalasPadam
  5. sikap barisan pemimpin srabjb yg lemah dari segi mental dan tidak mempunyai idea2 yg kreatif tidak membantu menjana kemajuan sekolah ini..ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman dalam memimpin sekolah yang mempunyai dua kurikulum....KBSR dan KBSA....cuba belajar dari sekolah2 yg berdekatan ttg cara2 pengurusan sekolah yg berdaya saing...kesungguhan untuk membantu pelajar menghadapi UPSR agak menyedihkan... cuba lihat sekolah2 lain bagaimana mereka membantu calun2 UPSR dengan membuat berbagai aktiviti dari januari hingga september..2010.. sedang asyik calun2 UPSR srabjb berrehat di rumah... calun2 UPSR sekolah lain menghadiri kelas tambahan pada cuti sekolah ini...mereka berhempaspulas membantu pelajar2 dengan mengorbankan cuti rehat mereka...inilah dinamekan pendidik.....

    BalasPadam
  6. adakah benar guru2 srabjb tiada permit mengajar sejak 2 tahun yg lalu?????kenape boleh jadi begini???

    BalasPadam